Rabu, 9 Julai 2008

MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH

Masalah disiplin pelajar sekolah pada masa kini amat membimbangkan. Pada pagi tadi, saya terkejut mendengar kejadian kes memegang punggung di sekolah rendah . Saya tidak percaya pelajar itu yang baru berumur 8 tahun bertujuan untuk mecabul atas niat, tetapi sudah pasti atas tindakan "nakal" sebagai kanak-kanak aktif.

Pada petangnya pula, saya telah mendengar satu laporan di balai polis Kota Marudu tentang kes merogol pelajar oleh pelajar( sekolah menengah ) yang 'tak jadi' atau maksudnya kedapatan . Dalam kes ini saya rasa bukan atas sikap nakal pelajar sekolah menengah tetapi atas pengaruh syaitan yang memasuki fikirannya atau atas kegagalannya mengawal nafsu seks.

Dimanakah silapnya dalam hal ini? Adakah kegagalan ibu bapa? guru-guru ? tokoh agama? pengaruh media ? Semuanya mungkin penyebab kolektif. Yang menyedihkan kita, kejadian ini berlaku di pedalaman Pantai Barat Utara Sabah yang dahulunya amat tertib dan sopan dalam tingkah laku dan menjaga adat istiadat anak negeri.

Berilah komen dan pendapat tuan/puan untuk mendapatkan satu pandangan kolektif yang amat berguna kepada kita pada masa kini. Sekian dan terima kasih.

Tiada ulasan: