Rabu, 9 Julai 2008

KENAPA KITA TIDAK DIGALAKKAN MINUM "AIR SEJUK".....

Strok: Air sejuk vs air panasPernahkah anda dinasihati supaya tidak meminum air sejuk? Lebih-lebih lagi selepas makan. Air sejuk yang dimaksudkan ialah air masak yang disimpan dalam peti sejuk dan bukan air mentah.Apakah kaitan air sejuk dengan serangan jantung(strok)?Terlebih dahulu, ada baiknya kita melihat dan meniru budaya orang cina dan jepun yang gemar meminum teh hijau panas.
Green tea sememangnya diakui mempunyai khasiat untuk kesihatan manusia, tetapi yang diutarakan kali ini adalah dihidangkan semasa masih panas.Apabila kita meminum air sejuk selepas makan, air sejuk tadi akan membekukan minyak yang kita baru saja makan. Ini menyebabkan proses penghadaman menjadi perlahan dan akan menyebabkan banyak lemak yang 'mendap' atau tidak dapat dicerna. Lama-kelamaan minyak itu akan bertukar lemak dan akan berpotensi menjadi kanser.Serangan Jantung.Biasanya apabila seseorang mengalami serangan strok, orang itu akan merasa sakit-sakit di bahagian tangan kiri.
Disamping itu simtom-simtom lain seperti kerap berpeluh, rasa-rasa nak muntah dan rasa kelainan di bahagian tengkuk.60% daripada mangsa yang mengalami strok ketika tidur tidak akan bangun(mati).KesimpulanMinum air panas (suam) adalah lebih baik untuk kesihatan. Minum air sejuk sekali-sekala dan apabila sesuai misalnya cuaca yang terlalu panas.Walaupun perkara ini adalah teori semata-mata tetapi saya percaya bahawa meminum air panas atau suam adalah lebih baik daripada air sejuk atau 'ping' tidak kira ia berkaitan strok atau lain-lain penyakit.

"Mencegah adalah lebih baik dari mengubati"

MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH

Masalah disiplin pelajar sekolah pada masa kini amat membimbangkan. Pada pagi tadi, saya terkejut mendengar kejadian kes memegang punggung di sekolah rendah . Saya tidak percaya pelajar itu yang baru berumur 8 tahun bertujuan untuk mecabul atas niat, tetapi sudah pasti atas tindakan "nakal" sebagai kanak-kanak aktif.

Pada petangnya pula, saya telah mendengar satu laporan di balai polis Kota Marudu tentang kes merogol pelajar oleh pelajar( sekolah menengah ) yang 'tak jadi' atau maksudnya kedapatan . Dalam kes ini saya rasa bukan atas sikap nakal pelajar sekolah menengah tetapi atas pengaruh syaitan yang memasuki fikirannya atau atas kegagalannya mengawal nafsu seks.

Dimanakah silapnya dalam hal ini? Adakah kegagalan ibu bapa? guru-guru ? tokoh agama? pengaruh media ? Semuanya mungkin penyebab kolektif. Yang menyedihkan kita, kejadian ini berlaku di pedalaman Pantai Barat Utara Sabah yang dahulunya amat tertib dan sopan dalam tingkah laku dan menjaga adat istiadat anak negeri.

Berilah komen dan pendapat tuan/puan untuk mendapatkan satu pandangan kolektif yang amat berguna kepada kita pada masa kini. Sekian dan terima kasih.

Selasa, 8 Julai 2008

MENGINAP DI KOTA MARUDU.

Salam sejahtera kepada pembaca semua.

Untuk maklumat penginapan di Daerah Kota Marudu, Sabah, saya akan berikan beberapa tempat penginapan yang lokasinya berada di Pekan Goshen Kota Marudu.

1. Hotel California

Address : Lot 59, Pekan Goshen, P.O Box 178, 89108 Kota Marudu Sabah
Phone : 088-6088 663388
Publish Rate : RM40.00 - RM78.00

2. Hotel Holiday Garden

Address : Lot 7, Goshen New TownshipP.O Box 28, 89107 Kota Marudu Sabah
Phone : 6088 662900
Fax :6088 662900
Publish Rate: RM40.00 - RM60.00

3. Marudu Inn

Address :Lot 61, Goshen New Township,Jalan Tandek, Kota Marudu orP.O. Box 178,89108 Kota Marudu
Phone :+6088 661200 / 661029 / 019 8806388
Fax :+6088 661167
Publish Rate: RM75.00 - RM130.00


4. Season Inn

Address :Lot 49 - 50, Goshen New Township,P.O Box 28, 89107 Kota Marudu Sabah
Phone :6088 662666 / 663666
Fax :6088 663900
Publish Rate: RM48.00 - RM83.00


Semua tempat ini berada di kawasan pekan Goshen......selamat dan mudah dikunjungi....
Terima kasih.

Ahad, 6 Julai 2008

ISU SEMASA: Perbualan satu kelompok masyarakat di Kota Marudu, Sabah.

Pada kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi, saya telah menghadiri satu majlis kesyukuran atau majlis mencukur rambut anak perempuan sahabat saja yang baru berusia kira - kira sebulan.

Segalanya berjalan dengan baik...dan apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa topik - topik hangat yang dibualkan selepas makan tengah hari di rumah tersebut.

Antara isu-isu yang dibualkan ialah :

1) Di manakah Bala ( penyasat persendirian kes Altantuya ) berada sekarang ? Pelik...kemajuan teknologi yg dicapai Malaysia tidak dapat mengesan pergerakan orang yang penting dalam kes pembunuhan Altantuya.

2) Siapakah wakil cawangan yang kita pilih untuk cawangan KOTA MARUDU ?

Perbualan ini disertai oleh pelbagai pendapat yang berlainan bangsa, agama dan peringkat usia di majlis tersebut.......kesimpulan yang dibuat oleh mereka ialah kenapa semua ini berlaku serantak ?

Semasa dalam perjalanan ke rumah sahabat saya yang mengadakan kenduri tersebut, saya sempat melihat sepasukan Polis Kota Marudu menangkap pekerja binaan Dewan Kota Marudu di padang pekan Kota Marudu.
Kelihatan semua yang tertangkap adalah 8 orang jalan beriringan dan digari. Semua tahanan basah kuyup dan bermandikan lumpur akibat terjun ke parit kota marudu yang semak untuk mengelak daripada ditangkap pihak polis.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada polis Kota Marudu yang terlibat dalam operasi tersebut kerana sanggup berdepan bahaya dalam operasi tersebut...Syabas PDRM Kota Marudu.

REKOD MANUSIA TERKECIL DI DUNIA


TANPA melakukan apa-apa pun, Jyoti Amge sudah menjadi selebriti — sekurang-kurangnya di India. Gadis berusia 15 tahun dari Nagpur itu disahkan sebagai wanita paling kerdil di negaranya dan kini dianggap turut mencatat rekod dunia disebabkan saiznya yang hanya setinggi 58 sentimeter.
Untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran, Jyoti dilengkapi dengan pakaian seragam sekolah sendiri, meja belajar dan beg mini.Ketika duduk bersama rakan sekelasnya di sekolah, Jyoti tidak ubah seperti anak patung.“Namun saya tidak peduli, malah bangga dengan keadaan ini,” katanya.
Bercita-cita menjadi pelakon dan penyanyi satu hari nanti, Jyoti berkata, dia tidak pernah takut dengan perhatian daripada orang ramai terhadapnya atau menyesal, malah menyenanginya.“Saya pasti bukan saya seorang saja manusia kerdil di dunia ini. Malah saya juga manusia biasa yang makan, minum, tidur dan bermimpi seperti anda semua,” katanya.
Pada pandangan perubatan, keadaan fizikal Jyoti disebabkan masalah achondroplasia yang membantutkan tumbesarannya sejak kecil.Bagaimanapun, berbanding pesakit achondroplasia lain yang biasanya membesar sehingga lebih 120 sentimeter, Jyoti menjadi terlalu kerdil untuk penghidap sepertinya.Ibu Jyoti, Ranjana Amge, 45, berkata tiada sesiapa tahu apa sebenarnya berlaku terhadap remaja itu.
“Ketika dilahirkan, dia sama seperti bayi lain,” katanya.Bagaimanapun, kata suri rumah itu, mereka mula melihat keanehan pada Jyoti ketika dia berusia lima tahun.Bimbang dengan tumbesarannya, keluarga Jyoti membawanya ke doktor pakar untuk mendapatkan nasihat.“Ketika itu kami diberitahu bahawa saiz Jyoti akan kekal seperti ini sampai bila-bila,” katanya.Dalam keadaan kerdil dan comel, Jyoti tidak kekurangan kasih sayang.
“Kami terlalu menyayanginya,” kata Ranjana.Di kampungnya, rumah Jyoti sering menjadi perhatian apabila dikunjungi orang ramai yang ingin menyaksikan keadaan remaja itu.Ketika ini, namanya didaftarkan dalam India Book of Records sebagai wanita paling kerdil di negara itu.Bagaimanapun, banyak pihak menganggap rekod dicatatkan Jyoti bukan sekadar di India, malah dunia.Dengan keadaan itu, nampaknya ia sedikit sebanyak membantu Jyoti mencapai impiannya menjadi selebriti terkenal.
Ketika ini, dia merakam suara untuk menyanyi bersama artis terkenal India, Mika Singh.“Saya sungguh gembira apabila rakaman itu dipasarkan,” katanya.Kini ada satu lagi impiannya yang belum kesampaian — berlakon.“Saya menyimpan harapan untuk menjadi bintang filem Bollywood dan mengembara ke serata dunia satu hari nanti,” katanya.
Jyoti juga tidak keseorangan kerana mendapat sokongan daripada abang dan kakaknya sejak awal lagi.Di rumah pula, Jyoti tetap dilayan sama seperti ahli keluarga lain.Kakaknya, Archana, 25, antara yang paling rajin menjaganya sejak dilahirkan.“Dia sangat perlukan belaian dan jagaan teliti. Setiap pagi saya menyiapkannya untuk ke sekolah dan apabila petang, membantunya menyiapkan kerja rumah dan ulang kaji pelajaran,” katanya.
Satu ketika dulu, Jyoti selalu keluar masuk hospital kerana tidak sihat hinggalah dia berusia lima tahun.Ketika itu, sistem pertahanan badan Jyoti mula meningkat dan tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan setiap masa.Di sekolah pula, pencapaian akademiknya juga tidak mengecewakan.“Saya memiliki koleksi pakaian yang banyak,” kata Jyoti.
Sesuai dengan sifat kewanitaannya, Jyoti mengaku suka berbelanja apabila ada kesempatan.“Saya sangat gemar membeli-belah, berhias dan memakai pakaian cantik seperti model.“Dengan keadaan begini, saya menikmati hidup yang riang,” katanya.

PERKHIDMATAN MEMASANG PELAMIN

( Gambar di atas menunjukkan contoh pelamin yang dipasang oleh pakar pemasangan pelamin pengantin kedai S'ANNE BRIDAL )

Untuk pengetahuan pelawat yang dihormati, saya juga ada menyediakan perkhidmatan pemasangan pelamin perkahwinan....di kawasan Pantai Barat Utara (PBU) Sabah....daerah yang kami maksudkan ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Kota Marudu. Untuk daerah lain, bergantung kepada jarak tempahan.

Untuk sebarang pertanyaan...hubungi pegawai pemasaran S'ANNE BRIDAL di talian
019-8951507.


Perkahwinan anda pasti lengkap bersama-sama perkhidmatan kami...terima kasih.

Sabtu, 5 Julai 2008

HARI PERTAMA

Hari ini adalah hari pertama Jalan-Jalan di Sabah dilancarkan.
Sudah tentu ada banyak lagi kelemahan dalam blog ini.
Kepada blogger yg dah berpengalaman dalam bidang ini...berilah tunjuk ajar dan panduan kepada saya..... sekian terima kasih.