Rabu, 9 Julai 2008

KENAPA KITA TIDAK DIGALAKKAN MINUM "AIR SEJUK".....

Strok: Air sejuk vs air panasPernahkah anda dinasihati supaya tidak meminum air sejuk? Lebih-lebih lagi selepas makan. Air sejuk yang dimaksudkan ialah air masak yang disimpan dalam peti sejuk dan bukan air mentah.Apakah kaitan air sejuk dengan serangan jantung(strok)?Terlebih dahulu, ada baiknya kita melihat dan meniru budaya orang cina dan jepun yang gemar meminum teh hijau panas.
Green tea sememangnya diakui mempunyai khasiat untuk kesihatan manusia, tetapi yang diutarakan kali ini adalah dihidangkan semasa masih panas.Apabila kita meminum air sejuk selepas makan, air sejuk tadi akan membekukan minyak yang kita baru saja makan. Ini menyebabkan proses penghadaman menjadi perlahan dan akan menyebabkan banyak lemak yang 'mendap' atau tidak dapat dicerna. Lama-kelamaan minyak itu akan bertukar lemak dan akan berpotensi menjadi kanser.Serangan Jantung.Biasanya apabila seseorang mengalami serangan strok, orang itu akan merasa sakit-sakit di bahagian tangan kiri.
Disamping itu simtom-simtom lain seperti kerap berpeluh, rasa-rasa nak muntah dan rasa kelainan di bahagian tengkuk.60% daripada mangsa yang mengalami strok ketika tidur tidak akan bangun(mati).KesimpulanMinum air panas (suam) adalah lebih baik untuk kesihatan. Minum air sejuk sekali-sekala dan apabila sesuai misalnya cuaca yang terlalu panas.Walaupun perkara ini adalah teori semata-mata tetapi saya percaya bahawa meminum air panas atau suam adalah lebih baik daripada air sejuk atau 'ping' tidak kira ia berkaitan strok atau lain-lain penyakit.

"Mencegah adalah lebih baik dari mengubati"

1 ulasan:

All Thing Viral berkata...

Kepada admin,

sila beri kredit kepada pemilik asal artikel ini.
Menjadi kesalahan untuk tidak menyatakan sumber asal sesuatu artikel yang disalin.

sekian.