Ahad, 6 Julai 2008

ISU SEMASA: Perbualan satu kelompok masyarakat di Kota Marudu, Sabah.

Pada kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi, saya telah menghadiri satu majlis kesyukuran atau majlis mencukur rambut anak perempuan sahabat saja yang baru berusia kira - kira sebulan.

Segalanya berjalan dengan baik...dan apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa topik - topik hangat yang dibualkan selepas makan tengah hari di rumah tersebut.

Antara isu-isu yang dibualkan ialah :

1) Di manakah Bala ( penyasat persendirian kes Altantuya ) berada sekarang ? Pelik...kemajuan teknologi yg dicapai Malaysia tidak dapat mengesan pergerakan orang yang penting dalam kes pembunuhan Altantuya.

2) Siapakah wakil cawangan yang kita pilih untuk cawangan KOTA MARUDU ?

Perbualan ini disertai oleh pelbagai pendapat yang berlainan bangsa, agama dan peringkat usia di majlis tersebut.......kesimpulan yang dibuat oleh mereka ialah kenapa semua ini berlaku serantak ?

Semasa dalam perjalanan ke rumah sahabat saya yang mengadakan kenduri tersebut, saya sempat melihat sepasukan Polis Kota Marudu menangkap pekerja binaan Dewan Kota Marudu di padang pekan Kota Marudu.
Kelihatan semua yang tertangkap adalah 8 orang jalan beriringan dan digari. Semua tahanan basah kuyup dan bermandikan lumpur akibat terjun ke parit kota marudu yang semak untuk mengelak daripada ditangkap pihak polis.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada polis Kota Marudu yang terlibat dalam operasi tersebut kerana sanggup berdepan bahaya dalam operasi tersebut...Syabas PDRM Kota Marudu.

Tiada ulasan: